Monday, April 18, 2016

Salam Perkenalan.

Aku sekadar manusia biasa yang tidak pernah lari daripada kesilapan. Dan aku juga manusia yang bergoyang juga hatinya.

Salam kenal, Aku wujudkan blog ini sekadar ingin meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku alami. Minta maaf jika aku terlalu berahsia tentang diri aku di dalam blog aku ini.

Ini disebabkan oleh beberapa perkara, kerana bukan normal sebenanrya diri aku ini.

Kadang-kadang aku duduk sendirian dan berfikir, hingga bila aku ingin jadi seperti ini. Dan mengapa aku begini. bukan keinginan ku. Bukan aku tidak cemburu dengan kehidupan normal, mempunyai seorang isteri dan mempunyai anak-anak.

Aku pernah cuba membuang rasa aku ini. Tetapi tersangat lemah iman aku untuk menanganinya.